Saturday, December 11, 2010

Lamanya Tak Bersua..

Lama benar aku tak update blog ni...huhu kesempatan untuk mecoret tidak kesampaian. Hujung bulan lepas keluarga mertua aku datang dari Melaka.hampir seminggu juga la nenek, atuk dan mak saudara safira ada di Terengganu, maklumlah 3 bulan dah tak tengok cucu kesayangan dorang dan banyak juga la mertua aku shopping kat Tganu ni, aku rasa habis percen sebulan mak n abah hubby aku 2 sopping sni :).

Minggu lepas lak Safira tidak sihat. Adui penat jugak la mama n papa kn layan karenah dia. Hampir seminggu dia tak dapat menyusu dan makan akibat jangkitan virus kaki tangan dan mulut (HFMD). Bukan Safira sahaja malah sepupu2 dia pn turut terkena jangkitan tersebut. sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai penyakit ni bolehlah rujuk di www.infosihat.gov.my/penyakit/.../PenyakitKakitangan_mulut.pdf .

Safira, teruknya dalam mulut je kat kaki tangan takde sangat. Tu yang menangis je xleh mkn n myusu. bagi susu sejukpn tak nak bg aiskrimpn xnak..huhu ssh ati jgk la. Selepas 6 hari barulah safira baleh menyusu tupn puas aku pujuk dan aku bia je dia pegang botol susu sambil ttdo..bl air susu jatuh dibibir dia jilat dan rasa sedap pastu baru la dia stat menyusu semula. Sebelum tu dia mcm fobia dgn btol susu mybe dia ingat susu penyebab dia sakit mulut.


Sekejab je masa berlalu anak mama dah genap 1 tahun 3 bulan dan banyak juga perkataan dia boleh sebut.  bila orang sebut nama dia cepat2 dia angkat tangan dan menyebut 'aye' (saya) hehe..pastu kalu sesiapa bagi barang atau makanan pandai safira sebut 'aceh' (t.kaseh). kat pasarayapn kalu jurujual bagi balance kat mama dia sibuk je dia ucap 'aceh' hehe..kalu sakit dah pandai mengadu 'aked' (sakit)..banyak jugak la perkataan dia boleh sebut tanpa bantuan kita mcm mak (mak/nenek), ee (toki), bird, bear,baby n bbrape perkataan mgikut bhasa dia la mcm nyum2 (makan) dan ngeng2 (motor).

ni lah ragam anak aku yg sentiasa buat aku rnduuuuuuuu sangat bl berjauhan...sehari tgal pg kerja terasa cam lama sangat dan xsabar2 nak balik jemput dia kat rumah mak..tepat jam 5 akulah orang pertama punch kad nak balik hehe..













No comments: