Sunday, December 19, 2010

Camping Hujung Tahun 2010...

Pada 14&15 Dis lalu, warga ofis PSKT berkhemah di tapak PSKT baru. Kalau ikutkan lambat lg PSKT baru nak siap tp kata bos sebagai persediaan program outdoor yang akan diadakan nanti lebih baik staf2 dulu merasai pengalaman sebelum program itu dilaksanakan kepada peserta..banyak jugalah aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2 hari bercamping tu. ada penyerapan objek langit, IKA, mengenali spesies paya bakau dan yang paling best sekali adalah menyusuri sungai dengan bot nelayan.

Walaupun cuaca begitu panas membahang tapi aku rasa tu la pengalaman yang cukup bermakna pada aku yang jarang sekali boleh naik bot hehe. 2 tahun lepas PSKT ada juga program river cruise tp naik bot penambang yang membuat aku mabuk hehe tapi kali ni alhamdulillah semua beres :)..

sedang menunggu ketibaan bot...

nilah bot yang kami naik, panas terik tu..


Selama 2 hari dengan cuaca yang panas sudah tentu membuatkan wajah 'sunburn' atau kulit tidak sekata namun aku tidak risau sangat keadaan sedemikian sebab aku mempunyai rahsia penawarnya :).

A's First Special Cleanser merupakan penawar kepada masalah 'sunburn' di wajah, dengan pemakaian 2kali sehari ia mampu menanggalkan sunburn di wajah dalam beberapa hari sahaja..

Harga yang murah dan kualiti kelas pertama!!! RM 25 sebotol mampu memberi kepuasan kepada anda..dapatkan sekarang dan pos penghantaran adalah PERCUMA..

4 comments:

Renjer Sungai said...

huh besnye g berkhemah! kne lak smbil2 mcg perhhhh!!! huhu...

zuera said...

kalu dpt ikan mmg bes giler tp klu xdpt camne tu en.renjerkabloi hehe

Mawar Merah said...

Mabuk bot ye Zuera? Sm la.. Pantang naik, mesti muntah ijau.. huhu

zuera said...

ye ke cek mawar xsangka kite serupa tp kali ni xmuntah sbb xde ombak dan pemandangan kiri kanan hijau dengan pokok je :)