Saturday, March 5, 2011

Iklan seketika :)...

Assalamualaikum.

Harga bagi sebotol A,s First Special Cleanser kini RM 30 (sem.malaysia) manakala RM 33 (Sabah/s'wak) berbanding sebelum ini RM 25/27. Kenaikan harga ini adalah disebabkan kenaikkan kos-kos tertentu yang ditanggung oleh pembekal dan semua pengedar A,s First Special Cleanser telah sepakat menjual produk ini pada harga RM 30/33 supaya pihak kami tidak menanggung kerugian. Jika pelanggan yang mahu mengambil sendiri produk ini, harga boleh dikurangkan lagi..

Kepada pelanggan setia kami teruskan mengguna produk ini dan menyokong produk keluaran bumiputera supaya kita boleh berdaya saing seperti bangsa lain. semoga sokongan dari anda semua mampu memberi kejayaan kepada kami untuk terus berkongsi rahsia kecantikan secara semulajadi..

Tuesday, February 8, 2011

Rahsia Perbezaan Dahulu dan Sekarang...

Lamanya aku xupdate blog ni, masuk bulan dua 2011 baru aku ada perasaan nak menaip hehe..sebelum ni aku sibuk dengan kerja dan keluarga tambah lak perasaan malas menghantui diri so memang tak boleh nak tolong la hehe.

Kali ni rahsia apa pulak nak didedahkan oleh mama fira ni ek..emmmmm uplod gambar sebelum menggunakan A,s First Special Cleanser dan selepas menggunakan A,s First Special Cleanser la :)..malu juga nak dedahkan ni bukan ape rupa tak seberapa tapi disebabkan mahu menyakinkan penggunaan A,s First dan masyarakat semua, rasa satu tanggungjawab untuk berkongsi rahsia sebenar.




Nilah aku zaman sebelum pregnant hehe, senyum je kan maklumlah baru 3 bulan kawen :). eh lupa lak nak cakap aku yang berbaju oren 2..


Ni pulak zaman aku pregnat, ni dalam 8 bulan dah sarat tp still lg pakai baju kurung sbb perut xnapak sangat dan berat badanpn naik 6kg je hehe. Jerawat, parut jerawat dan bintik hitam terutamanya bahagian hidung makin menjadi-jadi :(, tutup bedak 2 incipn masih lagi tidak boleh tutup kecelaan wajah huhu..


Hehe..knp aku gelak sbb nilah first day aku masuk kerja selepas 2 bulan cuti bersalin. Bintik-bintik hitam dan parut jerawat masih lg ada, terutamanya bahagian hidung..bermula dari sini la aku diperkenalkan dengan A,s First Speacial Cleanser oleh pengasasnya..



Nilah rahsia sebenar menggunakan A,s First Speacial Cleanser. Lihatlah hasil dan keberkesanan produk yang telah digunakan hampir setahun yang lalu, aku sangat berpuas hati kerana ia telah mengembalikan wajah aku yang dulu..T.kaseh A,s First Speacial Cleanser :). hanya RM 25 sebotol mampu mengembalikan keseriaan wajah aku seperti dulu..

Bagi seorang wanita, keserian wajah adalah penting kerana wajah adalah anugerah oleh Allah Taala dan kita sebagai hambanya bertanggungjawab menghargai anugerahNya dengan sebaik mungkin. Jangan lengahkan masa rebutlah peluang untuk mencuba A,s First Speacial Cleanser hari ini..

Produk yang murah dan kualiti setanding yang mahal. RM 25/27 sebotol dan cas penghantaran adalah percuma. sila hubungi zuera 0199323471 atau email zura8082@yahoo.com untuk keterangan lanjut
.

Sunday, December 19, 2010

Camping Hujung Tahun 2010...

Pada 14&15 Dis lalu, warga ofis PSKT berkhemah di tapak PSKT baru. Kalau ikutkan lambat lg PSKT baru nak siap tp kata bos sebagai persediaan program outdoor yang akan diadakan nanti lebih baik staf2 dulu merasai pengalaman sebelum program itu dilaksanakan kepada peserta..banyak jugalah aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2 hari bercamping tu. ada penyerapan objek langit, IKA, mengenali spesies paya bakau dan yang paling best sekali adalah menyusuri sungai dengan bot nelayan.

Walaupun cuaca begitu panas membahang tapi aku rasa tu la pengalaman yang cukup bermakna pada aku yang jarang sekali boleh naik bot hehe. 2 tahun lepas PSKT ada juga program river cruise tp naik bot penambang yang membuat aku mabuk hehe tapi kali ni alhamdulillah semua beres :)..

sedang menunggu ketibaan bot...

nilah bot yang kami naik, panas terik tu..


Selama 2 hari dengan cuaca yang panas sudah tentu membuatkan wajah 'sunburn' atau kulit tidak sekata namun aku tidak risau sangat keadaan sedemikian sebab aku mempunyai rahsia penawarnya :).

A's First Special Cleanser merupakan penawar kepada masalah 'sunburn' di wajah, dengan pemakaian 2kali sehari ia mampu menanggalkan sunburn di wajah dalam beberapa hari sahaja..

Harga yang murah dan kualiti kelas pertama!!! RM 25 sebotol mampu memberi kepuasan kepada anda..dapatkan sekarang dan pos penghantaran adalah PERCUMA..

Saturday, December 11, 2010

A's First Special Cleanser ..

Ramai jugak pelanggan tanya saya pasal A's First Special Cleanser ni..ok saya akan kongsi jawapan dengan semua orang bagi meyakinkan lagi produk ini adalah selamat digunakan..

Soalan paling banyak saya terima adalah :-

1) Adakah A's First Special Cleanser ini membuat kulit saya gelupas dan kemerahan?

Jawapan : A's First Special Cleanser telah mendapat pengesahan daripada UnisZA yang mengatakan A's First Special Cleanser adalah BEBAS daripada kandungan hidrokuinon (HQ) yang boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan terbakar.

2) Adakah A's First Special Cleanser ini sesuai digunakan oleh semua orang?

Jawapan :  A's First Special Cleanser adalah sesuai digunakan oleh semua orang samada lelaki atau wanita yang mempunyai masalah kulit wajah yang kusam, berjerawat, parut jerawat, jeragat, resdung dan ia juga sesuai bagi mengembalikan keceriaan wajah secara semulajadi.

3) Boleh ke saya pakai A's First Special Cleanser bersama produk lain?

Jawapan :  A's First Special Cleanser hanyalah pencuci muka dan ia tidak menjadi masalah untuk mengekalkan penggunaan krim muka/bedak yang telah sedia pakai.

4) Bagaimana untuk dapatkan  A's First Special Cleanser ini?
  
Jawapan : A's First Special Cleanser adalah produk baru yang diperkenalkan dan untuk memudahkan para pelanggan untuk mendapatkannya bolehlah menghubungi/sms saya di talian 0199323471 atau email zura8082@yahoo.com. Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB bank dan setelah pembayaran dibuat saya akan pos laju/ekspress ke alamat penerima. untuk mendapatkan no akaun sila sms atau email saya. Bagi yang tinggal di sekitar K.Terengganu adalah digalakkan untuk mengambil sendiri dan harga boleh dikurangkan lagi.

5) Berapa harga sebotol?

Jawapan : A's First Special Cleanser antara produk yang paling murah dan kualiti keberkesanan seperti produk yang mahal. Untuk harga pengenalan RM 25 (Sem. M'sia)  dan RM 27 (Sabah/Sarawak) serta kos penghantaran adalah percuma manakala bagi sesiapa yang mahu ambik sendiri harga boleh dirunding.

6) Berapa berat A's First Special Cleanser?

Jawapam : A's First Special Cleanser adalah 150 gram dan merupakan produk yang menjimatkan. Dengan penggunaan 2 kali sehari ia mampu bertahan selama 3 bulan.

Jawapan kepada soalan saudara dan saudari telah saya jelaskan di sini. Semoga produk ini mampu memberi keyakinan kepada pengguna untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.




Selamat Mencuba




Lamanya Tak Bersua..

Lama benar aku tak update blog ni...huhu kesempatan untuk mecoret tidak kesampaian. Hujung bulan lepas keluarga mertua aku datang dari Melaka.hampir seminggu juga la nenek, atuk dan mak saudara safira ada di Terengganu, maklumlah 3 bulan dah tak tengok cucu kesayangan dorang dan banyak juga la mertua aku shopping kat Tganu ni, aku rasa habis percen sebulan mak n abah hubby aku 2 sopping sni :).

Minggu lepas lak Safira tidak sihat. Adui penat jugak la mama n papa kn layan karenah dia. Hampir seminggu dia tak dapat menyusu dan makan akibat jangkitan virus kaki tangan dan mulut (HFMD). Bukan Safira sahaja malah sepupu2 dia pn turut terkena jangkitan tersebut. sesiapa nak tahu lebih lanjut mengenai penyakit ni bolehlah rujuk di www.infosihat.gov.my/penyakit/.../PenyakitKakitangan_mulut.pdf .

Safira, teruknya dalam mulut je kat kaki tangan takde sangat. Tu yang menangis je xleh mkn n myusu. bagi susu sejukpn tak nak bg aiskrimpn xnak..huhu ssh ati jgk la. Selepas 6 hari barulah safira baleh menyusu tupn puas aku pujuk dan aku bia je dia pegang botol susu sambil ttdo..bl air susu jatuh dibibir dia jilat dan rasa sedap pastu baru la dia stat menyusu semula. Sebelum tu dia mcm fobia dgn btol susu mybe dia ingat susu penyebab dia sakit mulut.


Sekejab je masa berlalu anak mama dah genap 1 tahun 3 bulan dan banyak juga perkataan dia boleh sebut.  bila orang sebut nama dia cepat2 dia angkat tangan dan menyebut 'aye' (saya) hehe..pastu kalu sesiapa bagi barang atau makanan pandai safira sebut 'aceh' (t.kaseh). kat pasarayapn kalu jurujual bagi balance kat mama dia sibuk je dia ucap 'aceh' hehe..kalu sakit dah pandai mengadu 'aked' (sakit)..banyak jugak la perkataan dia boleh sebut tanpa bantuan kita mcm mak (mak/nenek), ee (toki), bird, bear,baby n bbrape perkataan mgikut bhasa dia la mcm nyum2 (makan) dan ngeng2 (motor).

ni lah ragam anak aku yg sentiasa buat aku rnduuuuuuuu sangat bl berjauhan...sehari tgal pg kerja terasa cam lama sangat dan xsabar2 nak balik jemput dia kat rumah mak..tepat jam 5 akulah orang pertama punch kad nak balik hehe..













Sunday, November 21, 2010

Khasiat Asam Jawa


Kata orang tua2 banyak khasiat asam jawa ni. Ketika zaman awal remaja dlu masa baru2 nak berjinak duk dapur, 'mokwe' (nenek aku) selalu berpesan jgn lupa letak air asam jawa dlm sambal 2. Aku tanya la knp xltk je sos tomato kan sama je? 'mokwe' aku ckp tak sama, rase dia lain. Air asam jawa lbh menyedapkan makanan lagipun zmn 'mokwe' muda2 mane ada sos tomato. Aaah btul jgk tu, patut la masakan dia sedap sampai sekarang ni :)

 Selain digunakan dalam masakan asam jawa ni boleh dijadikan penawar penyakit.
Antaranya :-
- hilangkan parut
- sakit tekak dan batuk
- meredakan demam panas
- surutkan bengkak
- merdukan suara
- kuruskan badan

Oleh sebab petua orang tua yang asam jawa banyak khasiatlah aku semakin yakin bahawa produk A's First Special Cleanser ini adalah selamat untuk digunakan. Yelah ikut petua 'mokwe' aku dlu asam jawa tu dibancuh dgn air sedikit kemudian basuh muka setiap pagi dan malam. Insyaallah ia boleh menanggalkan parut jerawat dan mengembalikan keseriaan wajah. Oleh sebab aku kesuntukkan masa maka aku lebih suka mengamalkan petua lama tetapi dengan cara yang baru iaitu menggunakan A's First Special Cleanser dan Alhamdulillah keberkesanan boleh dirasai sekarang walaupun 9 bulan aku menggunakannya dan baru botol yang ke3. A's First Special Cleanser juga sungguh menjimatkan wang dan masa di samping memperolehi hasil yang sama dengan petua orang dulu2 :)



Cuma RM 25-27 sebotol setiap orang mampu miliki kecantikan secara semulajadi....

Berminat bolehlah hubungi zuera di talian 0199323471 atau email zura8082@yahoo.com

Hujung bahagian kanan tulah 'mokwe' (nenek aku) bersama pak n mak sdara serta spupu2 ...banyak petua aku dapat dr beliau mengenai khasiat asam jawa..

Sesi Perkenalan..


Ni la permata hati mama dan papa Nur Safirah Zuhri Bt. Norkhairi..Skarang genap usia 14 bulan dan jalan bukan main laju lg..kalu bab panjat memanjat huh mengalahkan budak laki, pening mama n papa..Semoga anak mama menjadi insan yang berguna dan solehah..jangan nauty2 tau nati dah besar sikit bolehlah bukak blog mama dan bantu mama update hehe..



                                                Sayang mama lagi...



Ini pulak safira di usia 2 hari, ikut rupa sape la 2 erk..sume orang dtg tgk dia ckp sebijik cam papa dia..mmg btulpn sampai ke besar lngsung xde rupa mama dia sampai la ke kulit. Anak mama ni walupn kulit 'masak' sikit tp manis 2 ttp ada..keletah dia adui buat mama dia senyum slalu...